1981Sebuah permulaan
Usaha penubuhan bermula pada lewat 1981 dengan kerjasama pelbagai pihak dan sokongan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub, Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketika itu.
Kerajaan Negeri mengurniakan tanah seluas 3.4 hektar di Jalan Race Course, kini Jalan Masjid. Jawatankuasa pembinaan dipengerusikan YB Datuk Haji Noor Tahir.
2013–2015Keselesaan dipertingkat
Projek naik taraf bernilai RM5 juta dilaksanakan bagi menambah baik infrastruktur dan keselesaan jemaah.
Projek dipengerusikan YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, ADUN N.55 Nangka yang juga Pengerusi LAKIS ketika itu.
2025Melangkah ke hadapan
Fasa kedua naik taraf bermula, merangkumi tandas, ruang wuduk, rumah jenazah, apartmen pegawai masjid, kiosk dan landskap moden.
Perkembangan sebagaimana direkodkan dalam profil masjid.